29.5.09

Bermaaf-maafanlah kita....

Baru-baru ini, seluruh akhbar-akhbar di Malaysia sibuk menyiarkan berita tentang usaha membawa pulang Chin Peng atau nama sebenarnya Chen Ping pulang ke Malaysia. Usaha membawanya pulang kebanyakkannya dilakukan oleh parti pembangkang dan ada juga dari Parti Gerakan (komponen Barisan Nasional).



Dua tiga hari lepas, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain surat khabar memaparkan berbagai-bagai cerita tentang kekejaman komunis dan jawapan untuk tidak membawa balik Chin Peng. Jawapannya mudah sahaja, kerana pembunuhan yang telah dilakukan oleh komunis, hati-hati para anggota keselamatan akan terguris dan tidak ada sumbangan besar yang dilakukan oleh Chin Peng dan PKM.

Didalam peperangan, pasti ada yang mati untuk menegakkan perjuangan masing-masing. PKM terpaksa membunuh hantu penjajah dan anggota keselamatan kerana kalau mereka tidak membunuh, mereka akan dibunuh. Sama juga yagn berlaku kepada anggota keselamatan, mereka terpaksa membunuh anggota PKM kerana perkara yang sama juga. Ini adalah adat peperangan. Semasa rundingan Baling, PKM meminta parti itu diiktiraf dan dibenarkan bertanding didalam pilihanraya, tetapi pari perikatan pada ketika itu menolak tuntutan itu. Menurut Tunku Abdul Rahman permintaan itu ditolak kerana ideologi komunis bertentangan dengan masyarakat. Kalau ideologi komunis bertentangan dengan masyarakat, kenapa pada awal penubuhan PKM 1930 sehingga UMNO muncul membela tahun 1946:) rakyat menyokong penuh perjuangan PKM (yg terdiri dari PKMM, AWAS, PETA, API, MPAJA dll ) membebaskan tanah air dari PENJAJAH BRITISH! Tunku seolah-olah berusaha untuk mencorakkan pemikiran masyarakat dan mahu rakyat mengikut fahamanya yang pro PENJAJAH BRITISH dan samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang.



Perjuangan PKM membunuh dan menghalau PENJAJAH BRITISH, JEPUN dan hantu penjajah tidak diiktiraf. Hanya pada tahun 1946 UMNO ditubuhkan dan membela dengan rundingan yang berjaya menundukkan kekuasaan PENJAJAH BRITISH dengan yang begitu mudah untuk mendapatkan kemerdekaan. Mengapalah pemimpin yang begitu geliga seperti Tunku, Dato onn dan dan lain-lain lagi pada masa itu tidak dilahirkan 100 tahun lebih awal, kalau mereka lahir lebih awal 100 tahun tentu kita memperoleh kemerdekaan pada tahun 1857 dan tidak perlulah PKM berjuang dengan darah didalam hutan sehinga berpuluh-puluh tahun lamanya.

Ketidakcerdikkan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim Menteri informasi, komunikasi dan budaya jelas terpancar apabila kononnya beliau cuba menghalang rakyat dari membaca blog bekas anggota Rejimen ke 10 (PKM). Beliau secara tidak langsung menyeru rakyat supaya mengoogle blog bekas anggota PKM yang menceritakan sejarah sebenar Malaya. Dengan serta merta blog yang pada mulanya hanya dikunjungi beberapa orang dan mempunyai 3-4 komen kini menjadi begitu hangan di Malaysia dengan komen terbaru sebanyak 120 komen. Ketidakcerdikkan mereka ini yang kononnya ingin menghalang rakyat dari mengetahui sejarah sebenar kini telah terbongkar. Lebih besar liputan oleh kerajaan mengenai Chin Peng/PKM lebih banyak rakyat yang akan mengetahui sejarah tulen.

Perjanjian damai pada tahun 1989 di haadnyai telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Maka seharusnya kita berdamai, kita perlu buangkan segala permusuhan atau ketidakpuashatian dan menikmati kehidupan yang sama. Chin Peng pernah menerima pingat dari kerajaan British yang mengiktiraf beliau sebagai pejuang melawan Jepun. Mengapa kerajaan Malaysia tidak boleh mengiktiraf perjuangan mereka membebaskan Tanah Melayu.

Kata kerajaan, Chin Peng tidak boleh kembali ke Malaysia kerana ini akan menyebabkan tergurisnya hati para anggota keselamatan. Kalau ikutkan hati saya, saya juga tidak sesekali akan membenarkan rakyat BRITISH dan JEPUN datang ke Malaysia kerana merekalah yang telah menjajah TANAH AIR SAYA beratus-ratus tahun, mengaut hasil kekayaan BUMI SAYA dan menyiksa datuk dan nenek moyang saya. Dan datuk nenek moyang saya dibunuh kejam oleh OLEH PENJAJAH BRITISH DAN JEPUN. Bangsa yang pernah mengguriskan hati nenak moyang saya dibenarkan berniaga serta melawat di negara Malaysia, tetapi orang yang berjuang untuk membebaskan tanah air saya dibuang negara. Pembunuhan yang dilakukan oleh BANGSA JEPUN DAN BRITISH keatas nenek moyang anda semua lebih dahsyat dan menyayatkan dari apa yang dilakukan oleh komunis. Adakah ini adil? Orang Cina dan Melayu juga pernah berbunuhan suatu masa dahulu tetapi sekarang kita kembali, hidup bersatu padu dan melupakan segala-pertikaman yang berlaku. Kita tidak pernah mengungkit tentang ahli keluarga kita yang pernah dibunuh oleh orang melayu atau cina semasa peristiwa 13 Mei.

fikir-fikirkanlah....dan bermaaf-maafanlah kita....

0 comments: