2.12.09

Chin Peng, PKM dan kerajaan Malaysia

Berapa banyak alasan sekalipun yang diberikan supaya Chin Peng tidak dapat pulang ke Malaysia adalah  tidak mengikut undang-undang. Walau berapa banyak tentera Inggeris (tentera yang bekerja dengan pihak Inggeris) yang telah terkorban dibunuh oleh PKM pun masih tidak dapat menghalang permohonan Chin Peng untuk pulang ke Malaysia. Ini kerana Perjanjian Damai 1989 telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia, Thailand dan PKM yang bersetuju membenarkan para perajurit PKM untuk pulang ke tanah air tanpa dikenakan tahanan ataupun dakwaan. Jadi bila ianya tidak ditunaikan ini telah memungkiri janji yang dituntut dalam Islam. Apakah para pemimpin seperti Najib Razak, Mahathir, Muhyiddin Yassin yang membaca yassin setiap kali jumaat pun tidak faham apa yang dituntut didalam agama?



Apakah kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng? Di mana relavannya mengatakan komunis pengganas? Membunuh anggota tentera yang berkhidmat dengan British? Membunuh Henry Gurney di Bukit Fraser? Berjuang mendapatkan kemerdekaan dari British dan Jepun? Ingin menjadikan negara Malaysia sebagai negara komunis seperti China? Walaupun China sebuah negara komunis tetapi hubungan kerajaan Malaysia dengan China seperti adik dengan abang. Mengapa kerajaan begitu akrab dengan negara yang mengamalkan komunisme?


Perjuangan bersenjata perlu dilakukan pada waktu sebelum merdeka kerana keadaan yang memaksa. Bagaimana cara kita menghalau penyamun keluar dari rumah kita? tentulah dengan menggunakan cangkul, atau parang dan kayu. Jika kita ada pistol atau senapang kita tidak teragak-agak menenmbak penyamun yang berlaku kejam mengugut kaum keluarga kita. PKM telah menghalau penyamun keluar dari rumah kita. Apabila penyamun itu keluar melarikan diri dan bersekongkol dengan kumpulan penyamun yang lain. Mereka telah berbincang untuk sama-sama merompak rumah tersebut dan memburuk-burukkan tuan rumah itu di kampung itu. Maka orang kampung percaya lalu tuan rumah terpaksa meninggalkan rumah kerana orang kampung telah dihasut oleh puak penyamun bahawa tuan rumah ini kejam, memukul orang sesuka hati sampai bengkak, lebam, pengsan dan sebaginnya. Oleh kerana tuan rumah telah dihalau keluar dari kampung oleh puak penyamun dari kampung lain, maka tuan rumah tiada cara lain untuk mendapatkan rumahnya semula dengan mengangkat senjata seperti parang, sabit pisau dll untuk mendapatkan semula kampunnya dan menyelamatkan orang kampung dari puak penyamun tersebut. Begitulah serba sedikit perihal cerita Perang Gerila yang berlaku pada zaman sebelum merdeka.


Ada yang tertanya-tanya, jika PKM ini memperjuangkan kemerdekaan mengapa selepas merdeka mereka masih tidak meletakkan senjata. Perkara ini berlaku kerana selepas merdeka, kerajaan UMNO tidak mahu berunding dengan PKM secara adil. Jika PKM meletakkan senjata mereka perlu dikenakan tahanan tanpa bicara seperti ISA, dibicarakan dengan tidak adil, dicap sebagai pengganas yang menyerah diri dan bermacam-macam syarat yang tidak munasabah akan dikenakan. Mereka juga akan dihebohkan sebagai menyerah diri. Mengapa mereka perlu menyerah diri sedangkan mereka berjuang untuk membebaskan Malaya dari imperialis Inggeris? Jadi mereka terpaksa meneruskan perjuangan bersenjata melawan imperialis UMNO-British pada waktu itu. Perkara ini tentulah tidak menyenangkan buat para-para nasionalis dari PKM. Mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan dari penjajah British jadi mengapa mereka perlu dibicarakan pula. Perundingan Damai telah berlaku pada Rundingan Baling tahun 1955 antara PKM yang diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin, Chin Tien dan kerajaan British oleh David Marshal, Tunku Abdul Rahman, dan Tan Cheng Lock. Tunku Abdul Rahman telah diberi arahan oleh David Marshal supaya tidak membuat keputusan maka ini bermakna perjanjian itu sengaja untuk memburuk-burukkan PKM kerana syarat yang dikenakan oleh David Marshal yang tidak adil. Tunku dan Tan Cheng Lock terpaksa mengikut bontot British. Semestinya rundingan itu gagal.




Selepas merdeka PKM menaruh harapan supaya kerajaan Malaysia berunding dengan PKM dengan mengenakan syarat-syarat yang masuk akal, tetapi pihak kerajaan UMNO-British tetap tidak mahu berunding dan PKM tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan perjuangan di hutan untuk membebaskan tanah air dari kongkongan penjajah British yang bertopengkan UMNO. Kongkongan itu membuktikan Malaysia pada waktu itu masih dikawal secara virtual oleh British dan Dr Burhanuddin al Helmi telah menggelarkan kemerdekaan yang diperoleh itu adalah kemerdekaan separuh masak.


Di dalam buku teks Malaysia, mereka tidak menghebohkan parti yang pertama di Malaya sebaliknya mereka menghebohkan UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 dan Malayan Unionnya. Tiada seorang pelajar sekolah pun yang mengetahui bila PKM ditubuhkan (PKM ditubuhkan pada tahun 1930 merepakan parti pertama di Malaya). Dari satu sudut kita dapat melihat sejarah malaysia Biased kepada satu pihak. Sejarah yang sebenar tidak dipaparkan kepada generasi muda.


Atas sebab-sebab yang demikian Najib, Muhyiddin Yassin, Mahathir dll berasa takut akan kepulangan Chin Peng kerana ini akan menyebabkan rakyat ingin mengetahui perihal perjuangan bersenjata oleh PKM yang pastinya akan membongkarkan sejarah versi penyamun oleh parti UMNO.


Untuk mengetahui kronologi Perjuangan anti-British sila ke pautan berikut.





*Bacaan/interview/artikel mengenai Chin Peng








1 comments:

syakir said...

noob mcm bn mmg cmtu.x pgang janji.