Mari kita ramai-ramai serbu ahli parlimen BN untuk mendapatkan kupon beras secara percuma.
* Hanya ahli parlimen BN sahaja akan diberi Kupon Beras
* Jangan lupa agihkan kepada sanak saudara ya
* Sambil beri kupon beras, berkempenlah kepada orang-orang miskin jangan lupa undi BN pada PRU-13. Kerana hanya BN yang mampu beri kupon RM10 SETIAP 6 bulan.
* Malang sungguh parlimen-parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Orang miskin disana tidak akan mendapat kupon RM 10.
* Terdapat ramai Melayu yang miskin dikawasan yang dimenangi oleh PR. Maka Melayu miskin itu tidak akan dibantu walaupun mereka Melayu.
* Hendak beri makan orang melayu miskin nak berkira, nak kena siasat, kedekut , lepas siasat tunggu 1 tahun baru dapat. Ulang alik masuk pejabat YB 10 kali merayu minta kupon baru dapat. YB akan berpesan undilah BN pada pilihan raya akan datang kerana hanya UMNO nilah yang mampu beri kupon RM10.
* Kawasan parlimen-parlimen yang BN kalah tidak dapat menikmati pembangunan. Datuk Azhar Ibrahim pemimpin UMNO Pulau Pinang lantang mendesak kerajaan menghentikan projek mega yang akan dibangunkan di Pulau Pinang supaya ditarik balik. Jadi kalau begitu, rakyat Pulau Pinang tidak perlulah membayar cukai kepada kerajaan persekutuan. Barulah sama adil. Kita dapat lihat sekarang ini projek untuk rakyat seperti rancangan untuk membina jambatan Kedua Pulau Pinang cuba digagalkan.
* UMNO mahu orang melayu menjadi malas, layu, miskin dan melarat supaya parti UMNO akan terus memperbodohkan melayu dan melayu terpaksa bergantung kepada KUPON RM10 makan nasik dan dek kerana kebodohan melayu itu mereka akan terus mengsonglap hasil bumi ini dan terus mengodam kekayaan negara hingga ke anak cucu cicit birit.
0 comments:
Post a Comment