15.10.09

Jom serbu ahli parlimen BN minta KUPON RM10 makan nasik percuma

Mari kita ramai-ramai serbu ahli parlimen BN untuk mendapatkan kupon beras secara percuma.


* Hanya ahli parlimen BN sahaja akan diberi Kupon Beras


* Jangan lupa agihkan kepada sanak saudara ya

* Sambil beri kupon beras, berkempenlah kepada orang-orang miskin jangan lupa undi BN pada PRU-13. Kerana hanya BN yang mampu beri kupon RM10 SETIAP 6 bulan.

* Malang sungguh parlimen-parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Orang miskin disana tidak akan mendapat kupon RM 10.

* Terdapat ramai Melayu yang miskin dikawasan yang dimenangi oleh PR. Maka Melayu  miskin itu tidak akan dibantu walaupun mereka Melayu.

* Hendak beri makan orang melayu miskin nak berkira, nak kena siasat, kedekut , lepas siasat tunggu 1 tahun baru dapat. Ulang alik masuk pejabat YB 10 kali merayu minta kupon baru dapat. YB akan berpesan undilah BN pada pilihan raya akan datang kerana hanya UMNO nilah yang mampu beri kupon RM10.


* Kawasan parlimen-parlimen yang BN kalah tidak dapat menikmati pembangunan. Datuk Azhar Ibrahim pemimpin UMNO Pulau Pinang lantang mendesak kerajaan menghentikan projek mega yang akan dibangunkan di Pulau Pinang supaya ditarik balik. Jadi kalau begitu, rakyat Pulau Pinang tidak perlulah membayar cukai kepada kerajaan persekutuan. Barulah sama adil. Kita dapat lihat sekarang ini  projek untuk rakyat  seperti rancangan untuk membina jambatan Kedua Pulau Pinang cuba digagalkan.

* UMNO mahu orang melayu menjadi malas, layu, miskin dan melarat supaya parti UMNO akan terus memperbodohkan melayu dan melayu terpaksa bergantung kepada KUPON RM10 makan nasik dan dek kerana kebodohan melayu itu mereka akan terus mengsonglap hasil bumi ini dan terus mengodam kekayaan negara hingga ke anak cucu cicit birit.







Percangahan 1 Bangsa Malaysia



Apa yang UMNO putar belitkan lagi, kejap Hidup Melayu kejap 1 MALAYSIA.

* Mana satu yang nak pakai Hidup Melayu atau 1 Malaysia yang bunyinya  menyatukan semua kaum sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai satu impian dan satu negara.

* Kalau UMNO kononnya memperjuangkan Melayu dengan melaungkan hidup Melayu, tetapi dalam masa yang sama melaungkan 1 Malaysia, 1 Bangsa, 1 Negara, 1 Impian. Apa bendanya nih?

* Jika kita berteriak melaungkan kata-kata keramat untuk membela Melayu (kononya) tidak perlulah kita bercakap soal 1 BANGSA.

* Mungkin Najib masih "confius" dengan perkataan 1 bangsa oleh kerana tidak begitu faham bahasa Melayu kerana baru pulang dari Monggolia setelah menetap begitu lama disana.


6.10.09

Let's be truly MERDEKA

A Brief History of ISA

Internal Security act is a foolish act ever. It was established by the British in Malaya since 1948 primarily to combat Malayan Communist party during the Malayan Emergency. The Emergency Ended in 1960 but the "preventive detention" was not relinquished and thus it became Malaysian law under article 149. The decision to detain people without charge is fully up to the Home Minister up to 2 years maximum.
___________________________________________________________________


























Anyone could be detained by Home Minister if they acted in security of Malaysia, maintenance of essential services and also economic life. However, what is happening right now is the government detained people to secure their politics, maintain the ruling government, to songlap more greens and thus they never let anyone questions about their wrong doings.

Obviously, the purpose of ISA was to fights against communist in Malaysia. Our first Prime Minister Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein and the first Internal Security Minister have said that the act is to combat communist activity and not to detain people based on their political background, opposition leaders, or even democratic citizen activity. But today, There's no more communist movements in Malaysia. We have signed "Perjanjian Damai 1989" in Haadyai Thailand with the communist. So here, is there any treats to the country or treats to the ruling party? which one?

Apparently, ISA has been used to detain people who criticise the government and the act is absolutely against HUMAN RIGHTS!. How could you detain people without trial? The minister owns the power to detain anyone he wished to. If you ask children whether detaining people without charge is right or wrong, can be done or not, obviously they will say are you crazy. It's because kids used their logical sense.

What is more, University Students are not allowed to commit their thoughts or they will be arrested under the "University Act 1971". The act was introduced just because the government wanted to see all the coming generation will just blindly follow whatever the government does. Hence, when the new politicians are stupid, they wont face any problems arguing in the Parlimen later on.

We as young Malaysians wished to have the freedom of speech. Unquestionably we should abolish the current government in the next election. This is the time for the young people to live peacefully and have 'MERDEKA' thoughts. Without this, what is the meaning of Merdeka that we shouted every year on the 31 August. Let's be truly 'MERDEKA'.

1.10.09

Beli kereta api, tengelamkan kapal selam

Pengangkutan Awam di negara kita kelihatan masih ketinggalan dari negara sedang membangun yang lain. Jika kita lihat di negara maju seperti australia pengangkutan awamnya begitu selesa dan cepat. Tidak timbul masalah train atau bas tiba lambat dan tidak mengikut jadual.

Di negara kaya seperti Malaysia, pengangkutan awam tidak berkesan. Kereta api antarabandar tiba lewat dan bergerak tidak mengikut masa, tidak selesa dll. Kertapi Tanah Melayu (KTMB) masih lagi ditakuk lama. Bayangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang besar selama 14 jam. Kita bukan negara India naik keretapi berjam-jam. Kita negara yang mempunyai wang yang banyak untuk menikatkan mutu pengangkutan awam. kalau tidak mempunyai wang masakan kita mempunyai 2 buah kapal selam second hand dan komisyen membeli kapal selamnya sahaja berjumlah Rm 920 Juta.

Kereta api laju hanya digunakan di kota besar seperti Kuala Lumpur untuk orang senang. Orang di luar bandar tidak berhak menikmati kemajuan. Mereka hanya diberi kereta api buruk untuk balik ke kampung halaman masih-masing.

Semalam saya pulang ke ipoh dari Kuala Lumpur dan mengambil masa selama 4 jam15 minit. kerta api tiba lambat, tiba tidak mengikut masa dan tidak selesa. Saya terfikir berapa sangat harga kereta api baru? adakah harganya mencecah komisyen kapal selam sejumlah 920 Juta Ringgit?

Mengapa kita perlu membeli kapal yang menyelam sedangkan kita tidak langsung diancam musuh. Thailand Brunei pun tak beli kapal selam. Iran yang lantang bersuara mengkritik barat masih belum diserang oleh kuasa besar inikan Malaysia yang senyap dari bersuara selepas era Dr Mahathir.

Mungkin kita boleh memikirkan untuk membeli pelbagai jenis kapal. tetapi buat masa ini, penduduk masih memerlukan perkhidmatan yang berkesan. Adalah baiknya jika kerajaan memikirkan untuk menaiktarafkan perkhidmatan awan di negara ini.


* Fikirkanlah untuk rakyat...kereta apai laju ini boleh dinaiki oleh rakyat....kapal selam hanya untuk Najib bersuka ria menikmati pemandangan dari dasar laut bersama awek cun monggolia.