21.7.09

Perlu tahu sejarah sebenar tanah air

Saya merasa terpanggil untuk mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir berhubung perlunya generasi hari ini memahami sejarah sebenar tanah air.



Saya melihat perkara ini sangat serius memandangkan para pelajar hari ini kurang mengetahui sejarah sebenar tanah air, malah ada yang masih ragu-ragu tentang tahun kemerdekaan Negara. Adakah ini logik dan boleh diterima akal?

Saya merasakan perkara ini terjadi disebabkan lemahnya sistem pendidikan. Umpamanya guru-guru yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris tidak bersedia maka terjadilah masalah para pelajar kurang menguasai pelajaran tersebut dalam bahsaa inggeris. Ianya bukanlah berpunca dari subjek itu diajar dalam bahasa inggeris, tetapi kelemahan guru-guru yang mengajar. Inilah yang telah mengagalkan pelaksanaan PPMSI dalam bahasa inggeris.

Para pelajar kini perlu diberi kebebasan untuk melontarkan pandangan yang kritikal terhadap sejarah negara supaya ianya dapat difikirkan semula dan untuk menyemai pemahaman sejarah yang mendalam supaya dapt membangkitkan semangat patriotic dan jati diri yang kukuh.
Penulisan sejarah hari ini perlu dinilai semula kerana sejarah yang terkandung didalam buku teks sekolah tidak mampu untuk menghujahkan perjuangan menuntut kemerdekaan umpamanya. Persoanlan yang perlu ditimbulkan sebagai contoh adakah kemerdekaan negara dicapai dengan hanya dengan cara rundingan, siapakah yang mula-mula membangkitkan semangat nasionalisma dikalangan penduduk dan sebaliknya perlu dibangkitkan oleh generasi muda hari ini. Pihak yang berwajib perlulah neutral dalam hal ini dengan meyelidik kisah-kisah disebalik perjuangan menuntuk kemerdekaan negara dengan tidak hanya menceritakan kisah perjuangan disebelah pihak sahaja. Pihak lain yang telah berjuang menuntuk kemerdekaan tidak boleh dinyahkan begitu sahaja, mereka juga layak untuk mendapat nama dalam sejarah tanah air kerana mereka telah berjuang dengan darah bukan hanya dengan perbualan mesra dengan penjajah.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir supaya sejarah negara perlu ditulis dan disemak semula oleh anak muda dalam bentuk rencana, artikel buku dan lain-lain dengan syarat menulis dengan tidak mengikut kehendak sesetengan pihak yang berkepentingan sahaja. Dengan ini para pelajar pastinya akn memahami dan mendalami sejarah sebenar tanah air.

1 comments:

Anonymous said...

memperkuat semangat patriotik tu bukan payah, wahai anak muda...

Beli bendera "Jalur Gemilang" banyak2, tampal kat kepala, punggung, dada, perut, kaki .... ha ha ha cucu aku pun semangat patriotik

Alu tengok itu lah "patriotisme" untuk zaman kita ni....