24.6.09

Siapa Henry Gurney?


Penjajah British kita sanjungi, Pejuang tanah air yang menghalau Penjajah British kita panggil pengganas. Kita adakan tugu kepada orang yang telah mengaut hasi bumi kita, dan kita mengecap pejuang-pejuang sebagai pengganas. Pernahkah difikiran kita beranggapan British adalah ganas malah lebih menindas dari komunis? Adakah buku teks sekolah kita mengajar kita supaya membenci penjajah British seperti kita membenci Komunis?

Tok Janggut digantung oleh penjajah British di pasar dan mayatnya diarak sekitar pasir putih Kelantan. Pada waktu itu, dia dianggap pengganas oleh rakyat. Kenapa? tentulah disebabkan propaganda penjajah British yang begitu kuat sehinggakan selepas 50 tahun merdeka, pengaruh penjajah British masih hidup subur dalam jiwa sesetengah diantara kita. Begitu juga dengan cerita Mat Kilau Dato Bahaman dan lain-lain, mereka ini semuanya dipanggil pengganas pada waktu itu.

Walaupun hasil bumi kita dikaut balik ke england oleh penjajah British, tetapi kita sedikitpun tidak membenci mereka, malah kita denan hati yang mulia membina tugu, menamakan jalan, nama port dengan nama mereka dan lain-lain lagi. Angota-angota komunis yang dilahirkan di Malaya dan berjuang menentang penjajah British dipanggil pengganas. Tentulah mereka akan dicap sebagai pengganas kerana menyerang hendap penjajah British.

Ianya samalah seperti orang eropah mengecap orang Arab/Islam sebagai Pengganas. Mereka menggunakan kekuatan media untuk menghalalkan perbuatan mereka. Sebagai contoh, mereka memasuki Iraq dengan menggunakan media mengatakan Iraq mempunya senjata nuklear, tetapi adakah mereka menjumpainya? selepas membunuh ratusan ribu rakyat Iraq, dapatkah dibuktikan Iraq mempunyai senjata nuklear. Saddam Hussein sendiri dibenci oleh rakyatnya oleh kerana pihak penjajah memutarbelitkan fakta. Penjajah mengajar kita membenci saudara mara sendiri, dan memuja tindakan mereka.

Tahukah kita siapa Sir Henry Gurney ini? Henry Gurney adalah merupakan "Chief Secretary to the Palestine Mandate Government (1946–1948). Beliau telah diberi tanggungjawab untuk memecahkan negara Palestin pada tahun 1947. Dengan fikiran yang bergeliga, beliau telah berjaya memecahkan negara Palestin dan membentuk negara zionis Israel. Pada May 14, 1948 , terbentuklah negara Israel hasil dari perpecahan yang dirancang oleh Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney. Setelah berjaya dengan cemerlang, beliau telah dihantar ke Malaya pada 13 september 1948 pastinya untuk memecahbelahkan perpaduan 3 kaum utama di Malaya supaya mereka boleh terus berkuasa. Selepas 3 tahun di Malaya, pada 6 oktober 1951, Gurney yang diiring oleh gerombolah kereta kebal telah diserang hendap oleh komunis dalam perjalannya ke Bukit Fraser. Menurut sumber penjajah British, Gurney mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan isterinya dan pemandunya. Sungguh mulia pengorbanan Gurney terhadap pemandu dan isterinya. Inilah yang cuba dipaparkan oleh pihak British dengan kenyataan yang dibuat oleh media mereka.

Kita perlu berbangga kerana kita telah memperoleh kemerdekaan dari Penjajah British. Oleh itu, marilah kita membina tugu-tugu kepada setiap anggota penjajah british yang pernah menyumbang bakti kepada Malaya.

1 comments:

ash said...

salam,
terima kasih untuk info di atas, menarik...harap dapat kongsi sumber buku etc, saya ingin explore lagi...