22.5.09

Kita perlu berbangga dan berterima kasih menjadi rakyat Malaysia

Kenapa kita perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia.
Kita perlu melihat apakah sumbangan negara/kerajaan terhadap rakyat sejak darah kita secara kebetulan tertumpah dibumi bernama Malaysia. Saya menulis dari perspektif saya sebagai rakyat biasa.

1. Semasa kita dilahirkan, ada diantara kita dilahirkan di hospital kerajaan (percuma) dan ada juga yang pergi ke hospital swasta.

2. Semasa kecil, kita membesar dengan duit ibu ayah untuk membeli susu tanpa mendapat apa-apa wang dari kerajaan/negara.

3. Kita dimasukkan kesekolah rendah secara percuma walaupun setiap tahun terpaksa membayar yuran-yuran sekolah dalam linkungan Rm100-200 setahun.

4. Buku teks perlu dibeli bagi ibu-bapa yang berpendapatan RM2000 keatas. Selepas 50 tahun merdeka, barulah kita dibekalkan buku teks secara percuma kepada semua pelajar.

5. Selepas 50 tahun merdeka, yuran sekolah tidak lagi perlu dibayar.

6. Selesai tamat persekolahan di tingkatan 5, kebanyakan diantara kita akan menyambung pelajaran ke universiti. Ada antara kita dapat memasuki IPTA dan IPTS. Tidak semua diantara kita dapat memasuki IPTA dan ada juga yang menganggap IPTA kurang kualiti. Lantas, ada yang memasuki IPTS dan ada pula yang menyambung pelajaran ke Luar negara. Selepas tamat belajar di IPTS, kos yang terpaksa dibayar balik oleh pelajar kepada PTPTN atau MARA adalah lebih kurang Rm 60 ribu, dan masa yang diambil untuk membayar balik pinjaman ini adalah lebih kurang 20 tahun. Selepas 50 tahun merdeka, negara masih gagal menyediakan institusi pengajian tinggi yang berkualiti dan percuma kepada seluruh rakyat.

7. Keselamatan rakyat terjamin.

8. Kesihatan rakyat juga terjamin kerana terdapatnya hospital-hospital kerajaan. Tetapi kita terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan.

9. Kita mempunyai bangunan-bangunan yang hebat seperti bangunan pencakar langit dan lain-lain lagi.

Jangan kamu tanya apa sumbangan negara pada kamu, tanyalah apa subangan kamu terhadap negara. -John F. Kennedy

0 comments: