3.8.10

Fitnah dan kepenipuan kerajaan Malaysia terhadap Chin Peng


Chin Peng tidak mahu bubar PKM — Mohd Safar Hasim

July 31, 2010
31 JULAI — Masih ada orang hairan kenapa Kerajaan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan, pulang walaupun sudah memeterai Perjanjian Damai menamatkan “peperangan” antara kedua-kedua belah pihak di Hadyai pada tahun 1989.
Keenganan Kerajaan Malaysia membenar Chin Peng pulang menyebabkan beliau membawa kesnya ke mahkamah hingga sampai ke Mahkamah Persekutuan, yang akhirnya menolak permohonan itu.
Pada 27 Julai lalu Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara ketika menolak dengan kos rayuan bekas pemimpin komunis tersebut untuk mempertahankan tuntutan samannya terhadap Kerajaan Malaysia.
Ada pihak yang mempersoal tindakan Kerajaan Malaysia kerana dikatakan melanggar perjanjian Hadyai itu. Betulkah Kerajaan Malaysia melanggar Perjanjian Damai itu?
Apa yang dapat dilihat daripada fakta kes mahkamah, penolakannya berkisar kepada ketiadaan dokumen untuk menyokong permohonan Chin Peng bahawa beliau adalah rakyat Malaysia.
Sebenarnya Chin Peng dan juga Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama di Hadyai itu. Perjanjian itu antara lainnya menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk kembali ke Malaysia oleh ahli PKM adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebenarnya, Chin Peng menunggu hingga ke saat akhir untuk mengemukakan permohonanya untuk kembali ke Malaysia. Hanya beliau yang tahu kenapa tindakan sedemikian dilakukan.
Selaras dengan persetujuan dalam Perjanjian Damai, permohonan Chin Peng terpaksa melalui prosesnya, dan ia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dari segi kuat kuasa perjanjian itu, Kerajaan Malaysia adalah betul dan pihak-pihak yang terbabit tentunya mengetahui kedudukan ini.
Bagaimanapun, isu ini sebenarnya patut dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Ia tidak seharusnya ditumpukan kepada kandungan perjanjian Hadyai semata-mata, tetapi harus melihat tindak-tanduk Chin Peng dan PKM dalam menangani perundingan damai itu dan bagaimana dokumen perjanjian itu dicapai serta latar belakang yang membawa kepada meja perundingan di Hadyai.
Ramai orang tahu PKM telah melancarkan pemberontakan untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis berbentuk republik.
Ini bermakna jika pemerintahan republik berjaya diwujudkan yang pastinya pemerintahan beraja seperti yang diamalkan dalam tahun 1948 itu akan dihapuskan.
Untuk memahami kedudukan sebenar eloklah kita menyorot ke belakang. Perancangan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini sudah diatur lama sebelum pemberontakan yang dilancarkan dalam tahun 1948 itu. — utusan online
____________________________________________________________________________________________
KOMEN BLOGGER
1. Utusan Malaysia akhbar penghasut dan pemecah masyarakat. Tajuk yang diguna pakai " Chin Peng tidak mahu bubar PKM' sengaja menaikkan kemarahan rakyat. Tajuk seperti in memberi satu bayangan kepada masyarkat bahawa Chin Peng berkeras tidak mahu membubarkan PKM sedangkan beliau dan anggota PKM bersetuju dan telahpun menandatangan pejanjian Damai 1989 bersama kerajan Malaysia dan PKM sudah dibubarkan. Adalah ini satu perkara terang-terangan menunjukkan Kerajaan Malaysia telah memfitnah Chin Peng dan PKM. Jika dibawa ke Mahkamah Malaysia, ini akan menjadi tidak betul dan tidak sah berbicara dimahkamah UMNO..
2. Mengenai ketiadan dokumen seperti sijil lahir Chin Peng sebagai rakyat Malaysia adalah tidak masuk akal sama sekali. Didalam buku teks sekolah, kita diberitahu Chin Peng dilahirkan di Sitiawan. Jadi kerajaan yang telah menyokong bukti bahawa Chin Peng memang lahir di Sitiawan Perak. Ramai lagi bekas anggota PKM yang tiada dokumen tetapi dibenarkan pulang. Mengapa Chin Peng seorang sahaja yang dianaktirikan?
3. Jika benar hasrat Chin Peng untuk pulang dihalang oleh masalah dokumen, mengapa Utusan dan surat khabar yang sepenipu dengannya menggembargemburkan mengenai Chin Peng telah membunuh penduduk, dosa-dosa Chin Peng tidak dapat dimaafkan dll. Dakyah-dakyah ni semua tidak relavan kerana perdamaian telah dipersetujui, Apa lagi yang tidak kena?  mengapa anda tidak cakap soal Chin Peng tiada dokumen di Utusan Malaysia akhbar-akhbar propaganda UMNO? Mengapa anda menaikkan kemarahan rakyat dengan memfitnah PKM kononnya banyak dosa yang telah mereka lakukan?
4. Tips untuk penulis utusan Mohd Safar Hasim. Apabila kita sudah berdamai, adakah kita akan bergaduh dengan orang itu lagi? Kita tidak akan mengungkit perkara yang telah menjadi masalah antara kita. Jika kita mengunkit semula, apalah guna kita berdamai?

3 comments:

mazri said...

chin peng adalah pemimpin PKM...itu adalah hakikat yang xdpt di ubah...agaknya kepulangan chin peng akan membawa kebaikan atau keburukan kepada malaysia?sudah tentu KEBURUKAN....terus terang kami anak2 tentera xakan membiarkan pengkhianat itu balik...lihat pada fakta...jangan ikut hati...buka mata...buka minda....jangan taksub dengan menyempit kan akal....buka minda....lihat sedalam2 nya....anda akan nmpak jawapan nya kenapa kerajaan tidak membenarkan chin peng balik malaysia....

shauqie said...

SDR Mazahm, dimana fakta anda disini? buka minda? mana isi2nya? awak kata lihat pada fakta, saya sudah berikan fakta, mana fakta awak?

Hadiy said...

LOL.kalau orang british dgn jepun boleh je jejak tanah negara ni.diorang pun dulu menjajah negara ni,terutama orang Jepun yang lagi kejam kalau dibandingkan dengan komunis.kenapa dibenarkan?chin peng dikatakan pengkhianat..rasanya dulu dia bejuang menentang British..siapa suruh mak bapak,tok nenek korang join jadi alat British?mazahm kau rasa apa yg filem Bukit Kepong,buku2 teks paparkan tu semua fakta yg benar?yg tak diubahsuai?mungkin jika kita merdeka melalui Tentera Rakyat/Komunis,corak negara akan berlainan,tetapi siapa tahu?negara China itu berlandaskan komunisme juga tapi kenapa negaranya maju juga?dn UMNO itu sendiri telash menjalankan kerjasama dengan negara China yg diperintah komunis dr zaman 70-an.bullshitlah UMNO.barua.