1.8.10

Chin Peng gagal hidupkan semula saman terhadap kerajaan Malaysia?

Parti Komunis Malaya gagal hidupkan semula saman

Bekas Parti Komunis Malaya (PKM) dan anggotanya hari ini gagal dalam permohonan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk menghidupakan semula saman sivil terhadap kerajaan Malaysia.

Panel tiga hakim, diketuai Datuk Sulong Matjeraie memutuskan kerajaan Malaysia tidak melanggar perjanjian yang dimeterai dengan setiausaha agung PKM, Chin Peng, pada 1989.

hatyai peace treaty 20th anniversary 301109 chin peng with yao and amir muhammadKatanya aduan mengenai kenyataan dipersoalkan oleh PKM adalah jelas di luar terma yang tercatat dalam aturan pentadbiran yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan PKM dalam usaha mencari objektif bersama untuk mencapai keamanan dan menamatkan segala aktiviti persenjataan dengan serta merta.

Dua hakim lain ialah Datuk Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Klausa 1.2 dalam perjanjian pentadbiran juga menyediakan supaya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan kenyataan memburukkan atau berbaur fitnah antara satu sama lain.

Ia menyebut bahawa semua kenyataan akhbar oleh mana-mana pihak perlu dibuat atas semangat perjanjian dan tidak mengandungi sebarang terma mencemarkan atau fitnah seperti 'serah diri beramai-ramai' dan 'penyerahan'.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, dan anggota PKM mendakwa kerajaan Malaysia menerusi Timbalan Menteri Penerangan ketika itu telah melanggar klausa 1.2 kerana membuat kenyataan memfitnahkan.

Dalam keputusannya, Sulong, berkata mahkamah tidak boleh menerima klausa 1.2 yang memperuntukkan tiada penerbitan semua bentuk fitnah.

Katanya dengan meneliti klausa itu, mahkamah mendapati ayat 'terma fitnah' dalam klausa 1.2 hanya terbatas kepada perkataan yang tidak boleh diterbitkan berhubung 'serah diri beramai-ramai' dan 'penyerahan'.

Hakim juga berpendapat kedua-dua pihak dalam perjanjian itu mempunyai keupayaan untuk menguatkuasakan dan/atau memohon untuk memguatkuasakan perjanjian itu sejak ia merupakan asas biasa untuk mewujudkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dan PKM.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memerintahkan PKM tidak boleh dikenakan tindakan saman atau disaman kerana ia tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan.

Korum itu sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh Chin Peng dan anggota PKM dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Sept tahun lalu untuk terus membatalkan saman tersebut.

Saman itu dikemukakan berikutan laporan media pada 21 Mac dan 6 Mei, 2005, oleh Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Zainuddin Maidin, yang
mengumumkan RTM akan menyiarkan dokumentari mengenai kekejaman penganas komunis
selepas Perang Dunia Kedua dan selama sedekad berikutan kemerdekaan Malaysia.

Chin Peng, 86, yang lahir di Sitiawan, Perak, memfailkan saman itu bagi pihak dirinya dan anggota parti dengan menuntut ganti rugi dan perintah injunksi yang melarang kerajaan Malaysia atau ejennya daripada menerbitkan perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Mereka juga menuntut perisytiharan bahawa perjanjian bertarikh 2 Disember 1989 yang ditandatangani di Haadyai, Thailand, adalah sah dan sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak tidak harus mengandungi perkataan berbaur fitnah.

Dalam penyataan pembelaan, kerajaan Malaysia berkata mengikut sejarah dan pengetahuan awam, reputasi Chin Peng dan anggota lain parti itu sudah terjejas selama ini.

Chin Peng, yang kini tinggal di Thailand, telah memohon kepada mahkamah di Malaysia supaya membenarkannya pulang ke Malaysia untuk menghabiskan sia-sia hidupnya di negara ini.

Bagaimanapun, beliau gagal mendapatkan Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terhadap dua keputusan mahkamah yang meminta dia menunjukkan dokumen pengenalan
diri bagi membuktikan dia adalah seorang warga Malaysia sebelum memulakan tindakan mahkamah terhadap kerajaan Malaysia.

- Bernama
__________________________________________________________________________________


Komen Blogger


Bohong jika kerajaan Malaysia mengatakan mereka tidak memfitnah Chin Peng dan PKM. Didalam perjanjian menyebut "tidak boleh memfitnah satu sama lain" tetapi kita lihat Chin Peng dan PKM dituduh sebagai pengganas, disekolah pelajar-pelajr dihasut supaya membenci komunis melalui buku teks sekolah. Dimedia masa, kerajaan menyelar PKM mengganas diMalaya dan banyak dosa Chin Peng dan PKM yang tidak boleh dimaafkan. Bukankan ini semua telah melanggar perkara yang telah dipersetujui semasa rundingan perdamaian.


Di Pihak PKM telah melunaskan segala janji


1. Penamatan aktiviti bersenjata
2. Pembubaran pasukan bersenjata
3. Pemusnahan senjata api
4. Menutup radio suara demokrasi Malaya
5. Taat setia kepada Yang dipertuan Agong


Dipihak kerajaan Malaysia mereka memungkiri janji seperti


1. Kerajaan Malaysia telah melanggar perkara 1.2. Kerajaan memfitnah PKM dimedia masa seperti yang berlaku di media arus kerajaan. Kerajaan telah membuat provokasi terutama dipihak orang Melayu dengan membangkitkan isu-isu seperti memfitnah PKM tidak beragama, PKM telah membunuh ramai orang Melayu, askar Melayu ramai yang mati ditembak oleh komunis PKM. Perkara seperti ini sudah dipersetujui supaya ianya tidak lagi dibangkitkan tetapi Kerajaan hari ini memungkiri janji. Mereka juga memfitnah PKM melalui filem Bukit Kepong.  


"Semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana- mana satu pihak selepas ini haruslah dibuat dengan semangat persetujuan dan tidak harus mengandungi sebarang istilah memfitnah seperti "penyerahan diri beramai-ramai" dan "kapitulasi" (pengkhianatan/serah diri)" -Perkara 1.2


2. Kerajaan telah melanggar perkara 5.5.1 kerana ramai bekas angota-angota PKM yang bermastautin diMalaysia ketika ini tidak mendapat taraf warganegara. Mereka cuma mendapat tarap penduduk tetap. Chin Peng pula langsung tidak dibenarkan pulang walaupun Perkara 5 menjajikan permastautin (warganegara) kesemua anggota PKM diMalaysia. 


"Perkara 5.5 Mereka yang ingin menetap di Malaysia akan dikategorikan sebagai berikut: 5.5.1 Warganegara Malaysia"


Bukan Islam (ahli sunnah waljamaah) seperti Chin Peng telah menepati janji. Bagaimana pula dengan kerajaan Barisan Nasional yang ramai pemimpinnya Islam telah mengkhianati perjanjian.


Dimana relavannya melucutkan saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia?

0 comments: