23.6.10

Tugu Negara, Tugu Inggeris

Tugu Negara, Tugu Peninggalan Inggeris

Apabila disebut Tugu Negara, terpancar difikiran kita bahawa ia adalah sebuah tugu yang dibina untuk memperingati para pejuang yang telah berkorban untuk membebaskan Malaya pada suatu ketika dahulu. Adakah ianya benar-benar sebuah Tugu Negara atau sebuah Tugu untuk memuja pengganas/penjajah Inggeris? Tidak siapa diantara kita yang mengambil peduli pada ukiran wajah ketuju-tujuh patung tersebut.

                                                   Tugu Negara berpatungkan Inggeris





Sejarah Tugu Negara


Tugu Negara pada mulanya telah dibina semasa zaman pemerintahan penjajah/pengganas Inggeris. Mulanya hanya sebuah tiang konkrit setinggi 10 meter yang terletak di Jalan Tugu. Ia dibina oleh penjajah untuk memperingati para tentera Inggeris yang mati dibunuh.
_________________________________________________________________________________

Hanya manusia yang mempunyai akal akan bertanya, mengapa 5 dari 7 patung tersebut diukir wajah Inggeris? dan 2 patung yang dipijak oleh 5 wajah Inggeris merupakan patung Tentera Rakyat dari PKM? Mengapa tidak kita sanjungi Tentera Rakyat yang berjuang didalam hutan untuk kemerdekaan dan mengusir Inggeris dari bumi Malaya dengan darah. 

Patung-patung Inggeris ini berdiri gagah memegang bendera Malaysia kelihatan seperti Inggeris memerdekakan negara ini. Jika ditanya, daripada siapa mereka bebaskan Malaya ini? Bukankah mereka yang  datang menjajah kita, mengaut kekayaan hasil bumi kita, memeras penduduk Malaya, merompak harta rakyat dan bermacam-macam lagi kekejaman yang dilakukan tetapi rakyat Malaya pada ketika itu buta kerana disumbat dengan pound dan coklat made in England. Inggeris telah datang kemari dengan menghapuskan rakyat yang melawan penindasan. Pejuang-pejuang tanah air seperti Dato Bahaman, Mat Kilau, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Rentap di Sarawak, Tok Janggut dan ribuan lagi pemimpin telah ditangkap dan ada yang dibunuh kejam. Tidak terlepas apabila Darurat diisytiharkan pada 19 Jun 1948, pemimpin revolusioner seperti Dr Burhanuddin telah dipenjarakan dan menderita sakit. Pemimpin dari bangsa Cina seperti Lai Raifel mati ditali gantung Inggeris dan juga pemimpin dari kalangan buruh India seperti Ganapathy yang dibuang ke India. Mengapa persoalan ini semua kita biarkan berlalu lalu dan kita masih memuja Tugu berlambangkan Inggeris ini. Dimana wajah-wajah para pejuang dari kalangan rakyat Malaya? Apabila kita mengagungkan penjajah Inggeris ini, bermakna kita telah mengkhianati perjuangan nenek moyang kita melawan penindasan Inggeris.

Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan, kesemuanya nama-nama tentera Inggeris dan tentera dari negara Komanwel. Tidak ada satu nama melayu atau Cina atau India pun ditulis. Pada setiap tahun kita mengadakan perbarisan mengenang pejuang-pejuang kemerdekaan di tugu ini, malangnya kita menyembah tentera Inggeris. Ternyata jelas, Tunku Abdul Rahman pemimpin Inggeris yang berwajah Melayu tetapi berhati Inggeris.Dasar-dasarnya semua ciptaan tuan Inggerisnya belaka. Dialah yang menjayakan pembinaan Tugu Inggeris ini untuk mengambil hati Sir Inggerisnya.

Setiap tahun pada bulan 31 Julai, Yang dipertuan Agong, Perdana Menteri, Para Pemimpin Tentera dan Polis akan memberikan penghormatan ditugu ini. Mereka secara langsung memberi penghormatan kepada bangsa yang menjajah mereka. Bukankah ini satu perbuatan yang gila? atau mereka ini semuanya buta hati.





Nama-nama yang tertulis di Tugu Peringatan adalah nama askar-askar Inggeris dan Tentera dari negara Komanwel.





















0 comments: