16.4.10

Najib Razak pemimpin yang dibelenggu perasaan rendah diri & dijajah


Inilah satu contoh pemimpin Melayu yang pemikirannya masih lagi terbelenggu dan dijajah. Najib Razak berasa amat bangga dapat berjumpa Barrack Obama dan beranggapan dirinya sebagai "pemenang"ataupun bertuah kerana dapat berjumpa pemimpin Amerika Syarikat itu. 

Masih lagi saya teringat, 2 minggu lepas Najib mengheboh-hebohkan kepada orang kampung yang beliau akan mengadakan perbincangan dengan Obama yang sudah dijanjikan pada tengah hari minggu berikutnya sedangkan Anwar Ibrahim tidak berpeluang. Gayanya begitu bangga sekali.

Agaknya beginilah rupanya pada zaman penjajahan Malaya oleh penjajah British dahulu, Raja-raja Melayu, dan pemimpin-pemimpin Melayu kalau dapat berjumpa "Mat Salleh" mesti heboh satu kampung. Itu belum lagi Inggeris beri gula-gula untuk menyumbat mulut mereka ini supaya golongan ini melelehkan airliur menjilat-jilat gula-gula sementara penjajah Inggeris menggali pulang Bijih Timah, Getah dan hasil bumi Malaya yang kaya ini pulang ke England.


Setelah 50 Tahun Merdeka, pemikiran pemimpin-pemimpin dari parti United Malays National Organization (UMNO) masih lagi dijajah, tidak berubah. Manakan tidak, mereka ini masih lagi mengikut telunjuk tuan lamanya. Nama parti pun dalam bahasa Inggeris, tapi katanya memperjuangkan kedudukan Bangsa Melayu. Parti yang diheboh-heboh sebagai parti terakhir untuk orang Melayu sepatut namanya dalam Bahasa Melayu, tetapi sebaliknya. Itulah dahulu terlalu banyak dipengaruhi dan campurtangan oleh penjajah Inggeris agaknya.