1.10.09

Beli kereta api, tengelamkan kapal selam

Pengangkutan Awam di negara kita kelihatan masih ketinggalan dari negara sedang membangun yang lain. Jika kita lihat di negara maju seperti australia pengangkutan awamnya begitu selesa dan cepat. Tidak timbul masalah train atau bas tiba lambat dan tidak mengikut jadual.

Di negara kaya seperti Malaysia, pengangkutan awam tidak berkesan. Kereta api antarabandar tiba lewat dan bergerak tidak mengikut masa, tidak selesa dll. Kertapi Tanah Melayu (KTMB) masih lagi ditakuk lama. Bayangkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang besar selama 14 jam. Kita bukan negara India naik keretapi berjam-jam. Kita negara yang mempunyai wang yang banyak untuk menikatkan mutu pengangkutan awam. kalau tidak mempunyai wang masakan kita mempunyai 2 buah kapal selam second hand dan komisyen membeli kapal selamnya sahaja berjumlah Rm 920 Juta.

Kereta api laju hanya digunakan di kota besar seperti Kuala Lumpur untuk orang senang. Orang di luar bandar tidak berhak menikmati kemajuan. Mereka hanya diberi kereta api buruk untuk balik ke kampung halaman masih-masing.

Semalam saya pulang ke ipoh dari Kuala Lumpur dan mengambil masa selama 4 jam15 minit. kerta api tiba lambat, tiba tidak mengikut masa dan tidak selesa. Saya terfikir berapa sangat harga kereta api baru? adakah harganya mencecah komisyen kapal selam sejumlah 920 Juta Ringgit?

Mengapa kita perlu membeli kapal yang menyelam sedangkan kita tidak langsung diancam musuh. Thailand Brunei pun tak beli kapal selam. Iran yang lantang bersuara mengkritik barat masih belum diserang oleh kuasa besar inikan Malaysia yang senyap dari bersuara selepas era Dr Mahathir.

Mungkin kita boleh memikirkan untuk membeli pelbagai jenis kapal. tetapi buat masa ini, penduduk masih memerlukan perkhidmatan yang berkesan. Adalah baiknya jika kerajaan memikirkan untuk menaiktarafkan perkhidmatan awan di negara ini.


* Fikirkanlah untuk rakyat...kereta apai laju ini boleh dinaiki oleh rakyat....kapal selam hanya untuk Najib bersuka ria menikmati pemandangan dari dasar laut bersama awek cun monggolia.

0 comments: