Chin Peng tidak mahu bubar PKM — Mohd Safar Hasim
July 31, 2010
31 JULAI — Masih ada orang hairan kenapa Kerajaan Malaysia tidak membenarkan Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yang diharamkan, pulang walaupun sudah memeterai Perjanjian Damai menamatkan “peperangan” antara kedua-kedua belah pihak di Hadyai pada tahun 1989.
Keenganan Kerajaan Malaysia membenar Chin Peng pulang menyebabkan beliau membawa kesnya ke mahkamah hingga sampai ke Mahkamah Persekutuan, yang akhirnya menolak permohonan itu.
Pada 27 Julai lalu Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara ketika menolak dengan kos rayuan bekas pemimpin komunis tersebut untuk mempertahankan tuntutan samannya terhadap Kerajaan Malaysia.
Ada pihak yang mempersoal tindakan Kerajaan Malaysia kerana dikatakan melanggar perjanjian Hadyai itu. Betulkah Kerajaan Malaysia melanggar Perjanjian Damai itu?
Apa yang dapat dilihat daripada fakta kes mahkamah, penolakannya berkisar kepada ketiadaan dokumen untuk menyokong permohonan Chin Peng bahawa beliau adalah rakyat Malaysia.
Sebenarnya Chin Peng dan juga Kerajaan Malaysia adalah tertakluk kepada perjanjian yang dipersetujui bersama di Hadyai itu. Perjanjian itu antara lainnya menyatakan bahawa sebarang permohonan untuk kembali ke Malaysia oleh ahli PKM adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Sebenarnya, Chin Peng menunggu hingga ke saat akhir untuk mengemukakan permohonanya untuk kembali ke Malaysia. Hanya beliau yang tahu kenapa tindakan sedemikian dilakukan.
Selaras dengan persetujuan dalam Perjanjian Damai, permohonan Chin Peng terpaksa melalui prosesnya, dan ia adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
Dari segi kuat kuasa perjanjian itu, Kerajaan Malaysia adalah betul dan pihak-pihak yang terbabit tentunya mengetahui kedudukan ini.
Bagaimanapun, isu ini sebenarnya patut dilihat dalam konteks yang lebih besar.
Ia tidak seharusnya ditumpukan kepada kandungan perjanjian Hadyai semata-mata, tetapi harus melihat tindak-tanduk Chin Peng dan PKM dalam menangani perundingan damai itu dan bagaimana dokumen perjanjian itu dicapai serta latar belakang yang membawa kepada meja perundingan di Hadyai.
Ramai orang tahu PKM telah melancarkan pemberontakan untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948 dan menggantikannya dengan pemerintahan komunis berbentuk republik.
Ini bermakna jika pemerintahan republik berjaya diwujudkan yang pastinya pemerintahan beraja seperti yang diamalkan dalam tahun 1948 itu akan dihapuskan.
Untuk memahami kedudukan sebenar eloklah kita menyorot ke belakang. Perancangan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini sudah diatur lama sebelum pemberontakan yang dilancarkan dalam tahun 1948 itu. — utusan online
____________________________________________________________________________________________
KOMEN BLOGGER
1. Utusan Malaysia akhbar penghasut dan pemecah masyarakat. Tajuk yang diguna pakai " Chin Peng tidak mahu bubar PKM' sengaja menaikkan kemarahan rakyat. Tajuk seperti in memberi satu bayangan kepada masyarkat bahawa Chin Peng berkeras tidak mahu membubarkan PKM sedangkan beliau dan anggota PKM bersetuju dan telahpun menandatangan pejanjian Damai 1989 bersama kerajan Malaysia dan PKM sudah dibubarkan. Adalah ini satu perkara terang-terangan menunjukkan Kerajaan Malaysia telah memfitnah Chin Peng dan PKM. Jika dibawa ke Mahkamah Malaysia, ini akan menjadi tidak betul dan tidak sah berbicara dimahkamah UMNO..
2. Mengenai ketiadan dokumen seperti sijil lahir Chin Peng sebagai rakyat Malaysia adalah tidak masuk akal sama sekali. Didalam buku teks sekolah, kita diberitahu Chin Peng dilahirkan di Sitiawan. Jadi kerajaan yang telah menyokong bukti bahawa Chin Peng memang lahir di Sitiawan Perak. Ramai lagi bekas anggota PKM yang tiada dokumen tetapi dibenarkan pulang. Mengapa Chin Peng seorang sahaja yang dianaktirikan?
3. Jika benar hasrat Chin Peng untuk pulang dihalang oleh masalah dokumen, mengapa Utusan dan surat khabar yang sepenipu dengannya menggembargemburkan mengenai Chin Peng telah membunuh penduduk, dosa-dosa Chin Peng tidak dapat dimaafkan dll. Dakyah-dakyah ni semua tidak relavan kerana perdamaian telah dipersetujui, Apa lagi yang tidak kena? mengapa anda tidak cakap soal Chin Peng tiada dokumen di Utusan Malaysia akhbar-akhbar propaganda UMNO? Mengapa anda menaikkan kemarahan rakyat dengan memfitnah PKM kononnya banyak dosa yang telah mereka lakukan?
4. Tips untuk penulis utusan Mohd Safar Hasim. Apabila kita sudah berdamai, adakah kita akan bergaduh dengan orang itu lagi? Kita tidak akan mengungkit perkara yang telah menjadi masalah antara kita. Jika kita mengunkit semula, apalah guna kita berdamai?