15.9.09

Woit Malaysia dah nak mampos ker?


  • Nak bina rumah 'miskin' pada orang miskin pun nak heboh ka?
  • Bagi RM 400 makan 10 orang sebulan? Malaysia ni dah nak mampos sangatkah?
  • Untung Petronas berbillion mana pergi?
  • Komisyen beli kapal selam yang singgah di Monggolia tak boleh tambah sikit ker?
  • Asyik melayu jer miskin, kata ada hak keistimewaan melayu. Kalau ada hak keistimewaan, Melayu pasti jadi istimewa bukannya mengemis sebegini.
  • Nak bagi Rm 400 kat nenek kerepot ni dengan cucu pun nak masuk surat kabar ker? Tak malu ker negara kaya raya dah merdeka 52 tahun masih ada rakyat mengemis?
  • Bagilah Scholarship belajar kat cucu 10 orang tuh baru betul. Baru melayu ada hak keistimewaan. Ini bagi Rm400 nak heboh satu Monggolia.

14.9.09

Melayu dibantu?

Ini dia nasib orang melayu yang dikatan UMNO bela selama kira-kira 52 tahun. Inilah habuan UMNO kepada orang melayu.



Masih ada beribu-ribu yang berselerak tinggal di celah-celah KLCC dan bangunan- bangunan pencakar langit. Naiklah KLIA Transit tengok sendiri nasib melayu yang ada hak keistimewaan tersepit dicelah bangunan bangunan.

Tidak ada satu sistem yang memberikan bantuan kepada seluruh penduduk miskin ataupun anak yatim di malaysia. Berapalah sangat kalau nak bantu ralyat yang terlampau miskin ini cuma berjumlah 5% sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan kekayaan negara. Malaysia tidak patut mempunyai penduduk setinggan yang tinggal di celah kota metroplitan.